Tuesday, August 25, 2009

H1N1 - Enforcement

Hari ini news " The Star" melaporkan, terdapat H1N1 di kawasan Leisure Commerce Square(LCS). Berberapa pelajar kolej taylor's dan guru telah mengidap penyakit H1N1. Oleh kerana itu, bangunan di LCS telah pun diarahkan tutup oleh kementerian Kesihatan selama 5 hari. Ini adalah langkah yang baik. Persoalan nya, kenapa office nih tak tutup lagi. Kenapa masih ramai orang di bangunan LCS ni.

Pada pandangan saya, sekiranya Kementerian Kesihatan (KK) telah mengarah kan satu satu tempat itu ditutup, mereka hendaklah memastikan bahawa tempat itu di tutup. Kalau perlu, gunalah tentera dan polis. Kalau tidak, baik tak payah hantar surat untuk suruh tutup.

Ayah saya selalu cakap, kalau buat satu-satu kerja itu, buat sampai habis. Kalau tak, baik jangan buat langsung.


Monday, August 24, 2009

Pengenalan - Pandanganku

Assalamulaikum.
Saya berpendapat semua orang wajar untuk memberi pandangan. Pandangan itu mungkin akan di terima dan mungkin juga tidak. Akan tetapi, penerimaan siapa kah yang perlu kita fikirkan? Penerimaan siapakah yang perlu kita risaukan ? Ada kah perkara seperti ini selalu bermain ni fikiran kita ? Patut kah kita menerima semua pandangan? Mampukah kita menerima semua pandangan?

Ini lah sebenarnya antara persoalan yang kita seharus nya fikirkan apabila kita menerima satu satu pandangan. Ini jualah persoalan yang patut kita fikirkan apa bila kita memberi apa apa pandangan.

Sekira nya kita adalah seorang jurutera awam yang hebat. Kita mempunyai pengalaman membina bangunan-bangunan yang besar, jambatan-jambatan yang panjang dan bertahun-tahun hasil kerja yang telah terbukti dan diterima ramai. Secara tiba tiba, dalam projek terkini kita, seorang penjual sayur memberi tahu kita bahawa, pengiraan simen kita salah sewaktu kita membuat tiang untuk menampung kekuatan bangunan setinggi 100 tingkat. Penjual sayur ini mengaku, beliau pernah bancuh simen untuk buat reban ayam di belakang rumahnya. Penjual sayur ini berpandangan, kita harus tambah lebih batu untuk menjadikan tiang itu kuat.

Persoalan nya, wajar kah kita mendengar pandangan ini ? Ada kah pandangan ini di bagi bersama dengan fakta fakta? atau adakah pandangan ini di beri hanya dengan hasil pandangan orang lain? Adakah pandangan ini hasil dari satu kajian atau pandangan ini hanya satu pandangan untuk jadi satu tajuk perbualan?

Kerana itu, saya ingin sekali menulis pandangan saya di ruangan ini. Sekiranya pandangan itu di bahaskan atau di tolak atau diterima, sekurang kurang nya saya dapat tahu bahawa pandangan itu adalah pendapat umum atau pendapat saya seorang.

ikhlas