Wednesday, March 2, 2011

Melayu Tak Nak Bantu Melayu .....hmmmm

Usaha untuk bantu kaum sendiri yang seagama adalah satu usaha yang murni. Tetapi ramai kah mereka yang ingin bantu sesama bangsa ini....

Baru baru ini kita baca diakhbar bagaimana sebuah lori beras terbalik. Apa yang berlaku adalah
1. Orang yang terlibat(mangsa) dalam kemalangan tidak dibantu.

2. Beras dicuri.. dibawa lari.

Sekiranya dalam keadaan ini pun masih kita tak bantu dan sibuk mengambil hak orang lain...Bagaimana agaknya ingin bantu dari segi kewangan. Ramai orang hanya akan bantu sekira mereka dapat lebih. Mereka akan bantu sekiranya ...dengan derma satu ringgit...mereka akan dapat 100 ringgit.

Ramai yang kata saya ingin bantu...tetapi apabila memerlukan pengorbanan...maka ramai yang tak jadi nak bantu. Sekiranya perkara begini berlaku...macam mana lah kita nak bantu bangsa kita.

fikir fikirkan lah...

Wednesday, October 28, 2009

Perancangan Kewangan

Hi semua,

Saya rasa kagum dengan se setengah orang kita yang tidak mengambil tahu tentang kewangan. Ramai yang rasa asalkan aku dapat apa yang aku nak, kira dah ok. Tak kiralah kalau terpaksa meminjam untuk mendapatkan sesuatu.

AKPK adalah satu agensi yang di dirikan oleh kerajaan untuk membantu mengajar rakyat negara kita bagai mana untuk merancang perbelanjaan. Di sebabkan terlalu ramai rakyat malaysia yang tidak pernah merancang, maka banyak masa telah digunakan membantu menyelesaikan masalah hutang dari masalah mengajar bagaimana handak merancang

Tahu kah orang ramai tentang aset dan tanggungan(liability) ?

Adakah mereka meneliti jumlah pendapatan berbanding perbelanjaan setiap bulan ?

Tuesday, August 25, 2009

H1N1 - Enforcement

Hari ini news " The Star" melaporkan, terdapat H1N1 di kawasan Leisure Commerce Square(LCS). Berberapa pelajar kolej taylor's dan guru telah mengidap penyakit H1N1. Oleh kerana itu, bangunan di LCS telah pun diarahkan tutup oleh kementerian Kesihatan selama 5 hari. Ini adalah langkah yang baik. Persoalan nya, kenapa office nih tak tutup lagi. Kenapa masih ramai orang di bangunan LCS ni.

Pada pandangan saya, sekiranya Kementerian Kesihatan (KK) telah mengarah kan satu satu tempat itu ditutup, mereka hendaklah memastikan bahawa tempat itu di tutup. Kalau perlu, gunalah tentera dan polis. Kalau tidak, baik tak payah hantar surat untuk suruh tutup.

Ayah saya selalu cakap, kalau buat satu-satu kerja itu, buat sampai habis. Kalau tak, baik jangan buat langsung.


Monday, August 24, 2009

Pengenalan - Pandanganku

Assalamulaikum.
Saya berpendapat semua orang wajar untuk memberi pandangan. Pandangan itu mungkin akan di terima dan mungkin juga tidak. Akan tetapi, penerimaan siapa kah yang perlu kita fikirkan? Penerimaan siapakah yang perlu kita risaukan ? Ada kah perkara seperti ini selalu bermain ni fikiran kita ? Patut kah kita menerima semua pandangan? Mampukah kita menerima semua pandangan?

Ini lah sebenarnya antara persoalan yang kita seharus nya fikirkan apabila kita menerima satu satu pandangan. Ini jualah persoalan yang patut kita fikirkan apa bila kita memberi apa apa pandangan.

Sekira nya kita adalah seorang jurutera awam yang hebat. Kita mempunyai pengalaman membina bangunan-bangunan yang besar, jambatan-jambatan yang panjang dan bertahun-tahun hasil kerja yang telah terbukti dan diterima ramai. Secara tiba tiba, dalam projek terkini kita, seorang penjual sayur memberi tahu kita bahawa, pengiraan simen kita salah sewaktu kita membuat tiang untuk menampung kekuatan bangunan setinggi 100 tingkat. Penjual sayur ini mengaku, beliau pernah bancuh simen untuk buat reban ayam di belakang rumahnya. Penjual sayur ini berpandangan, kita harus tambah lebih batu untuk menjadikan tiang itu kuat.

Persoalan nya, wajar kah kita mendengar pandangan ini ? Ada kah pandangan ini di bagi bersama dengan fakta fakta? atau adakah pandangan ini di beri hanya dengan hasil pandangan orang lain? Adakah pandangan ini hasil dari satu kajian atau pandangan ini hanya satu pandangan untuk jadi satu tajuk perbualan?

Kerana itu, saya ingin sekali menulis pandangan saya di ruangan ini. Sekiranya pandangan itu di bahaskan atau di tolak atau diterima, sekurang kurang nya saya dapat tahu bahawa pandangan itu adalah pendapat umum atau pendapat saya seorang.

ikhlas